Prof H Harapandi: 7 Langkah Agar Sampai Kepada Al-Khâliq

Prof H Harapandi: 7 Langkah Agar Sampai Kepada Al-Khâliq

Salah satu usaha Hujjat al-Islam untuk mendekatkan manusia kepada Allah Azza Wajalla, tujuh tahapan yang beliau sebut sebagai Maqâmat al-Sâlik agar manusia sampai kepada al-Khâliq. Terdapat dalam kitab Mukhtasar Minhaj Al-‘Abidin. Secara lengkap dan ringkas dapat dijelaskan pada tulisan singakt ini dalam 7 edisi, masing-masing edisi akan menjelaskan satu demi satu langkah dimaksud sebagai berikut;

Pertama
Aqâbat al-Ilm wa al-Ma’rifah (Ilmu dan Ma’rifat). Ilmu dijadikan al-Syaikh sebagai the firts metod kerana Allah menegaskan dalam al-Qur’an surat Fathir/35:28 bahawa sesungguhnya hamba Allah yang paling takut kepadaNya ialah para Ulama’ (ahli Ilmu).
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan di dalam surat al-Mujadalah/58;11, Allah menegaskan para ahli ilmu akan ditinggikan darjatnya jauh lebih tinggi dibandingkan orang-orang jahil.
يَرْفَعِ الله الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ‏
Firman Allah yang lain dalm surat Ali Imran/3;18 menjelaskan bahwa para ahli ilmu akan dijadikan saksi bersama dengan para MalaikatNya.
شَهِدَ اللهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالمَلاَئِكَةُ وَأُولُو العِلْمِ قَائِماً بِالقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَ هُوَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam banyak haditsnya juga menegaskan posisi para ahli ilmu dibandingkan dengan ahli ibadah, antara sabda beliau yang paling popular ialah;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا ،سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ ،وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ ،وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ،حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ، وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ ، كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ ، إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ،إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.

Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, siapa sahaja yang menuju jalan ilmu, maka Allah akan memudahkan langkahnya kea rah surge, dan sesungguhnya para Malaikat akan merentangkan sayapnya untuk para pencari ilmu, dan penghuni langit dan bumi akan beristighfar bagi para penuntut ilmu sehingga ikan dalam lautan. Sesungguhnya keutamaan ahli ilmu dibandingkan ahli ibadah sepertimana bulan purnama terhadap bintang-bintang, sesungguhnya Ulama’ adalah pewaris para Nabi dan al-Anbiya’ tidak mewariskan dinar dan dirham melainkan mewariskan ilmu pengetahuan, sesiapa yang mengambilnya, maka ambillah dengan sebenar-benarnya”.

Dari pelbagai ayat dan hadits tersebut, hujjatul Islam Imam al-Ghazali membahagi ilmu yang wajib dituntut kepada tiga kelompok ilmu. Pertama; ilmu aqidah, ilmu ini wajib dituntut sekira untuk mengetahui sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah serta RasulNya, tidak wajib mencari ilmu-ilmu berdebat. Kedua; ilmu sirr (ilmu spiritual) iaitu ilmu yand dapat menjadikan kita lebih dekat kepada Allah, kita tidak diwajibkan mencari ilmu-ilmu sirr yang terkait dengan retorik kefahaman, melinkan cukup dengan ilmu yang dapat membimbing kita untuk lebih dekat kepada Allah Azza Wa Jalla. Ketiga; ilmu syari’at, bagi Imam al-Ghazali ilmu syari’at yang wajib dicari ialah ilmu yang dapat memberikan pengetahuan terkait sah, batalnya suatu perbuatan bukan ilmu-ilmu metod dan cabang-cabang feqh lainnya.

 

Baca Selanjutnya

DARI PENULIS

BERITA TERKAIT

IKLAN

TERBANYAK DIBACA

BACA JUGA