Renungan Seorang Musafir : Suri Tauladan Kita

Renungan
Renungan
banner post atas

Oleh Harapandi Dahri

“Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wasallam yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar. Bila aku merasa pakaian yang aku miliki cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wasallam yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan, maka aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya.

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain, aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya. Bila aku berfikir betapa miskinnya dan papanya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, semangatku untuk hidup semakin kuat.

Iklan

Bila rasa kecewa pada mereka yang telah menyakiti dan menghinaku, akupun teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang sentiasa memaafkan sesiapa saja yg berbuat jahat kepadanya. Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci diriku, aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya dan mencemoohnya.

Bila kebajikan yang aku berikan dan kerjakan untuk orang lain namun tiada berterimakasih padaku, aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah Azza Wajalla.

Bila tiada orang menyayangi dan memperdulikanku, aku teringat pada baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu. Apabila aku berfikir betapa sengsaranya kehidupanku, akupun teringat pada Baginda Muhammad sallallahu ‘Alaihi wasallam yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yang dicintainya dan bahkan dirindukannya sehingga tiba2 menangis tersedu-sedu karena rindu yang dahsyat kepada ummatnya. Akankah sayang, cinta dan rindu kita akan terbalasjan oleh baginda Rasul tercinta?.

BACA JUGA  Hikmah Pagi :SYAIKH AMMAR BUGIS, PENAKLUK KEMUSTAHILAN

Diceritakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Mukasyafatul Qulub bahwa terdapat seorang lelaki soleh mimpi berjumpa dengan Rasulullah Sallallahu ‘Ailaihi wasallam, namun lelaki soleh tersebut tidak dipandang dan tidak pula ditegar (di ajak bicara oleh rasul), lalu lelaki itu berkata; ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?, rasulpun menjawab “tidak”,aku, aku tidak marah kepadamu akan tetapi aku tidak mengenalimu, lelaki itupun berkata dengan penasaran, lalu ia berhujjah;” kata ulama’ ummatmu, engkau lebih mengenal ummatmu daripada seorang ibu mengenali anaknya, rasul menjawab;” benar, aku jauh lebih mengenali ummatku daripada seorang ibu mengenali anak, tapi karena engkau tiada membaca selawat kepadaku, maka aku tidak mengenalmu”.

Mendengar jawab Nabi yang begitu dahsyat, maka lelaki soleh itupun berjanji pada dirinya;” Aku tidak akan pernah luput daripada membaca selawat sebanyak 100 kali setiap hari, lalu ia melakukan janjinya, setelah satu minggu, lalu iapun bermimpi lagi berjumpa Nabi, lalu Nabi berkata padanya;” sekarang aku telah mengenali dirimu”. Sudahkah kita merindukan Nabi?, berapa rindu kita dan seberapa banyak kita menyebut namanya dengan lantunan salawat?.

Orang bakhil ialah mereka yang mendengar namaku disebut, namun tiada tergerak hatinya membaca selawat untukku sabda Rasulullah saat ditanya para sahabat beliau. Jadi, selawat, selain menjadi pasword kita bertemu dengan baginda Rasul, juga selawat berfungsi sebagai ciri pemurah ataupun bakhilnya kita disisi Allah Azza Wajalla.