إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهدي الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، الصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد صلى الله عليه وسلم وأزواجه وأصحابه ومن تبعه إلى يوم القيامة ، اللهم أصلح أمة محمد صلى الله عليه وسلم وفرج عن أمة محمد صلى الله عليه وسلم وارحم أمة محمد صلى الله عليه وسلم وانشر واحفظ نهضة الوطن في العالمين بحق محمد صلى الله عليه وسلم أما بعد :
Dalam sejarah keilmuan islam kita pasti mengenal bagaimana tata cara membaca al-Quran dengan baik dan benar yang kemas oleh para ulama dengan ilmu tajwid al-Quran, dalam ilmu tajwid mengandung beberapa bab salah satunya ialah ilmu maqamat al-Quran atau biasa kita sebut sebagai ilmu tilawah al-Quran. Melihat sudah begitu banyak pembahasan dalam berbentuk tulisaan ilmiah maupun buku dalam ilmu tajwid di mulai dari bab nun mati dan tanwin, sampai bab waqaf dapat kita temukan di berbagai buku baik dalam Bahasa arab ataupun Indonesia. Akan tetapi pembahasan mengenai ilmu maqamat itu sendiri masih sangat jarang para pengkaji menuliskan dalam bentuk journal, artikel, thesis, desertasi apatah lagi buku, sehingga ramai para pengajar al-Quran khususnya para Qurra tidak mengetahui bagaimana perjalanan serta perkembangan sejarah ilmu Maqamat tersebut.
Nusantara adalah salah satu penggiat terbesar dalam mencetak para qurra-qurra hebat yang bersuara merdu, termasuk di dalamnya adalah negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan sebagainya. Dari sekian banyaknya qurra yang bermunculan maka tidak heran setiap tahun pasti dari negara yang telah di sebut di atas akan mengadakan pertandingan tilawah al-Quran atau di kenal dengan MTQ (Musabaqah Tilawatil Quran), dan kerap kali Indonesia menjadi juara dalam ajang tahunan bertaraf international di MTQ di Malaysia. Dalam tulisan ini penulis akan membahas bagaimanakah sejarah ilmu maqamat di nusantara khususnya Indonesia sebagai permulaan dan akan di lanjutkan pada tulisan lainnya yang akan membahas sejarah pelaksanaan MTQ di nusantara.
Perbincangan Ilmu Maqamat
Dalam mendefinisi perkataan maqamat, penulis mendapati banyak kalimat dalam bahasa Arab yang membawa makna terhadap ilmu maqamat itu sendiri. Penulis akan menukilkan beberapa perkataan yang biasa di gunakan dalam kitab-kitab berbahasa Arab serta istilah-istilah amnya ditengah-tengah masyarakat awam.
I.1 Bahasa
Maqamat dari sudut bahasa di artikan sebagai tempat seseorang berdiri asal kata maqam, yang itu sendiri berasal dari perkataan (قام – يقيم) yang berarti berdiri. Tetapi perkataan maqamat juga membawa kepada kepada erti tingkatan suara yang di bagikan menjadi tujuh bahagian tingkatan suara dalam tata cara membaca al-Quran secara tarannum.
Selain dari pada itu, maqamat memiliki nama lain tarannum (ترنم – يترنم) menurut Ibn Al-Manzur dalam kamus Lisan Al-Arab perkataan tarannum memiliki erti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu.
Perkataan lain lagi maqamat juga dapat di ertikan dengan makna Lahan (لحن) terdapat syair yang menjelaskan tentang makna Lahan (ألحان ولحون ولحن في قرائته). Maksudnya ialah membaca dengan nada suara yang indah atau suara yang dibawakan dalam bentuk seni.
Ada juga ulama yang mengatakan dalam kitab Al-Bayan li Hukm Al-Qira’at bi Alhan. Mengatakan bahawa perkataan Al-Lahn ialah Al-Ghina ( الغناء ), Tarji’ Al-Sawt ( ترجيع الصوت ) dan tatrib ( تطريب ).
Di antara lain, tarannum boleh juga di maknai sebagai tahsin al-sawt ( تحسين الصوت ), tahsin al-qira’ah ( تحسين القراءة ), al-taghanni ( التغنّي ), al-jahr bi al-Quran ( الجهر بالقرآن ), rafa’ al-sawt ( رفع الصوت ), dan al-qira’ah al-mujawwadah ( القراءة المجودة ).Dan masih terdapat makna yang sama dengan maqamat iaitu al-nagham ( النغم ) adapun kata daripada al-nagham bentuk mufrad dan jama’nya ialah angham ( أنغام ). Adapun kata yang di sebutkan al-naghamah / al-naghmah ( النَّغّمّة / النَّغمَة ) bentuk mu’annath dari al-nagham ( النغم ). Jama’nya ialah al-naghamat ( النغامات ) yang bererti lagu dalam konteks memperindah suara di dalam membaca Al-Quran ( حسن الصوت بالقرآن ).
I.2 Istilah
Dalam pembahasan ilmu maqamat Al-Quran tiada definisi khas secara istilah, dikeranakan maqamat Al-Quran adalah tingkatan suara sahaja atau di sebut juga dalam bahasa arab bernama al-maqamat al-sawtiyyah ataupun al-maqamat al-sab’ah maksudnya ialah tujuh tingkatan dalam melagukan Al-Quran iaitu : Maqam Bayyati, Maqam Shaba, Maqam Hijaz, Maqam Rast, Maqam Nahawand, Maqam Sikkah Dan Maqam Jiharkah. Tujuh maqamat tersebut mempunyai karakter dan ciri khas tersendiri sebagai contoh Maqam Hijaz, dia lebih memberikan karakter tegas dengan nada yang kuat ketika di lantunkan oleh si pembaca. Berbeza halnya dengan dengan Maqam Nahawand, dia akan memberikan nuansa karakter yang mendayu-dayu dan sedih ketika di lantunkan dalam bacaan Al-Quran.
I.3 Sejarah Perkembangan Ilmu Maqamat di Indonesia
Seni lagu al-Quran telah lama bertapak di Indonesia tepatnya pada awal abad ke-20, hal ini selaras dengan kemasukan agama Islam di Nusantara di mana pengajian al-Quran telah bermula lebih kurang 500 tahun yang lalu.Hal demikian dapat dilihat dengan tertubuhnya pusat-pusat pengajian al-Quran dirumah-rumah serta pondok-pondok di Nusantara khususnya di Indonesia.
Ini berdasarkan kedatangan para mubaligh Islam dari Timur tengah serta kepulangan para lulusan ke tanah air yang belajar di negara arab untuk mengajar al-Quran kepada penduduk setempat. Selain itu peranan besar yang dimainkan oleh qari dan qariah merupakan faktor utama perkembangan seni lagu di nusantara khususnya di Indonesia, misalnya nama seperti:
1. K.H. Arwani
2. K.H. Sya’roni
3. K.H. Munawir
4. K.H. Abdul Qadir
5. K.H. Damhuri
6. K.H. Muammar Zainul Asyiqin
Menerusi peranan para qari inilah masyarakat dapat mengenali serta mempelajari pembacaan al-Quran dengan baik serta berkesan dari sudut sebutan lahjah arab terhadap sesuatu kalimah. Mereka ini akan memperdegarkan bacaan yang baik dan disertai dengan seni lagu arab didalam sesuatu majlis khatam al-Quran,kenduri kahwin,perayaan yang berkaitan dengan keagamaan serta proses pengajaran al-Quran kepada masyarakat.




