Prof Dr Harapandi: Salat Berjama’ah

Prof Dr Harapandi: Salat Berjama’ah

Dekat jauh ditentukan diri kita Banyak sedikit dari amalan manusia. Salat berjamaah melebihi salat biasa. 27 derajat keutamaan yang dimilikinya. Jangan abai dan melewatkan peluangnya Kerana umur setiap insan tiada dikirakan By Harapandi Dahri.

Salah satu cara Allah menampakkan rasa kasih dan sayang kepada hamba-hambaNya dengan memberikan peluang untuk menjalankan ibadah dan mendapatkan nilai (pahala) lebih besar. Antara cara yang disebutkan baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadits yang bermaksud;” Salat berjamaah memiliki nilai (pahala) lebih besar daripada salat sendiri 27 derajat”. (HR. Muttafaqun ‘Alaih).

Dalam hadits lain baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud;”Sesiapa yang menjalankan salat berjama’ah seakan-akan dia telah memenuhi sungai dengan air pahala”. (Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din Jilid.1/203).

Diriwayatkan bahwa Maimun ibn Mahran mendatangi sebuah masjid lalu, salat berjamaan telah selesai dijalankan, iapun berkata “إنا لله وإنا إليه راجعون “ keutamaan salat ini aku lebih mencintainya daripada diberikan kepadaku menguasai wailayah Irak. (Mukasyafatul Qulub:245).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang artinya;” Sesiapa yang menjalankan ibadah salat secara berjamaah dan tiada pernah meninggalkan walau sekali sahaja selama 40 hari, maka Allah akanb mencatatkannya dua kebebasan iaitu bebas dari perilaku munafiq dan selamat dari azab Neraka”. (HR. Al-Turmudzi).

Sayyidina Utsman ibn Affan Radliyallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda yang artinya:” Sesiapa yang mendapatkan salat isya secara berjamaah seakan-akan ia melakukan salat sunnat setengah malam dan sesiapa yang menjalankan ibadah salat subuh secara berjamaah, maka seolah-olah ia telah melakukan salat sepanjang malam”. (HR: Muslim dan al-Tirmidzi).

Dikatakan bahawa, ketika semua sudah berkumpul di padang mahsyar, maka akan terlihat sekumpulan orang yang wajahnya bersinar bagaikan cahaya bintang, Malaikat berkata; siapakah kalian dan apakah amalan yang telah kalian lakukan?, mereka berkata;” Saat kami mendengar azan dikumandangkan, segera mengambil air wudlu’, tiada perkara apapun yang menyibukkan kami. Lalu dibangkitkan lagi sekumpulan orang yang wajahnya bersinar bagaikan bulan, lalu mereka menjawa (setelah ditanya oleh Malaikat), Kami berwudlu’ sebelum masuknya waktu dan sekelompok orang yang wajah mereka bersinar bagaikan matahari, lalu setelah Malaikat bertanya, merekan berkata;”Kami mendengar dan menjawab azan saat sudah berada dalam masjid”. (Mukasyafatul Qulub;245).

Diceritakan bahawa Habib Umar ibn ‘Abdurrahman al-Attas, ketika didatangi oleh para penta’ziyah kerana kematian beberapa anak-anak beliau secara bersamaan, mereka berkata; Alangkah dahsyatnya musibah yang engkau derita wahai Habib, mendengar ucapan tersebut lalu beliau berkata;”Saat kalian melihat dan menjumpai aku kehilangan salat jamaah, kalian tidak ada yang memberikan ta’ziyah kepadaku, ketahuilah bahwa kehilangan satu kali salat jamaah lebih berat bagiku daripada kehilangan anak-anakku ini”. (Al-fawaid al-Mukhtarah;154).

Diceritakan pula bahwa para ulama’ salaf didapati menangis tersedu-sedu, lalu ditanya, apakah yang menyebabkan engkau menangis, apakah bapakmu telah meninggal?, lalu ia berkata; bahkan lebih besar daripada itu. Apakah ibumu telah meninggal, ia pun berkata lebih besar daripada itu, lalu dikatakan kepadanya, apakah yang terjadi?, beliau berkata;”Telah terlewatkan daripadaku salat berjamaah”. (al-Fawaid al-Mukhtarah:154).

Tiada diterima salat seseorang kecuali dalam kekhusyu’an, dan khusyu’ tiada dapat dirasakan oleh seseorang sepanjang salat, kerana itulah disyariatkan salat berjamaah untuk mendapatkan khusyu’ dalam semua rakaat salat. Sebagian kita ada yang hadir hatinya (khusyu’) saat takbir, ada juga ketika rukuk dan mungkin juga dalam sujud demikian seterusnya sehingga semua gerakan salat dapat dijalankan dengan kehadiran hati. Maka Allah akan menerima salat yang kita lakukan karena dijadikan satu dalam jamaah. (al-fawaid al-mukhtarah:154).

Diriwayatkan dalam sebuah atsar atau khabar (al-Hadits) bahawa:” Sesungguhnya Allah akan melihat pertama sekali pada salat imamnya, jika didapati sempurna maka akan dirahmati semua jamaahnya, jika imam tidak sempurna, maka Allah akan melihat pada orang yang berdiri disebelah kanan, kira, saf belakang dan seterusnya, jika Allah tidak mendapatkan kesempurnaan pada masing-masing jamaah, maka akan diakumulasi secara keseluruhan lalu dirahmati Allah atas salat yang dijalankan secara jamaah”. (al-fawaid al-mukhtarah:155).

Dari Ubaidillah ibn Umar al-Qawariir radliyallahu Anhu, beliau berkata;”Tiada satu malampun  aku melewatkan salat isya berjamaah, sehingga datanglah seorang tamu kepadaku dan aku sibuk menjamu tamuku. Salat jamaah isya’ malam itu terlewatkan, selepas tamuku pergi aku bergegas mencari salat jamaah di beberapa masjid Bashrah, tak satupun masjid yang masih menajalankan salat bahkan semua masjid telah terkunci, akupun pulang ke rumahku dan teringat olehku satu riwayat hadits Nabi bahawa salat berjamaah mendapatkan pahala 27 derajat daripada salat sendiri”, akupun melakukan 27 kali salat isya’ pada malam itu. Di dalam tidurku aku melihat beberapa kawan-kawanku berlari di atas kuda dengan begitu kencangnya, lalu akupun mengejar mereka, namun mereka tidak dapat aku jumpai, seraya mereka berkata; “engkau tidak akan dapat mengejar kami karena engkau telah melewatkan salat isya’ secara berjamaah”. (al-fawaid al-Mukhtarah:155).

Baca Selanjutnya

DARI PENULIS

BERITA TERKAIT

IKLAN

TERBANYAK DIBACA

BACA JUGA